Tuesday, April 10, 2012

AGM ke 4 - Minit Mesyuarat

Bagi memastikan operasi persatuan yang lebih transparent, pihak persatuan bersetuju untuk meletakkan minit mesyuarat di blog kami. Ini juga untuk tujuan memberikan maklumat terkini tentang perkara dan keputusan yang penting yang telah dibincangkan dalam mesyuarat agung ini.



Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4

Tarikh           : 4 Mac 2012
Masa           : 9:30 pagi - 12:00 tengahari
Tempat        : Taman Permainan Kanak-kanak Jalan BPP4
Kehadiran     : 82 orang penduduk

Aturcara Majlis :
       9:30 pagi          - Kedatangan para penduduk
       10:15 pagi         - Ucapan aluan Pengerusi Majlis En Zolkefli.
       10:20 pagi         - Ucapan Pengerusi Persatuan 2010-2011, En Shamsul Haq.
       10:45 pagi         - Pengesahan Minit Mesyuarat AGM ke-3
       10:55 pagi         - Laporan Setiausaha 2010/2011
       11:00 pagi         - Laporan Bendahari 2011
       11:10 pagi         - Pembubaran Persatuan Penduduk 2010/2011 dan perlantikan ahli-ahli                            Persatuan Penduduk yang baru
       11:55 pagi         - Perkara-perkara berbangkit
       12:00 tengahari  - Penangguhan mesyuarat dan jamuan makanan


No
Perkara
Tindakan
1
Ucapan aluan Pengerusi Majlis, En Zolkefli Saini. Pengerusi Majlis memperkenalkan ahli Persatuan Penduduk 2010/2011.

2.
Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk, En Shamsul Haq. Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para penduduk yang sudi menghadirkan diri ke mesyuarat ini. Tuan Pengerusi menjelaskan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lepas:
·         pencapaian "zero burglary" dan "zero break-in" amat membanggakan. Ini menunjukkan bahawa keselamatan di taman ini telah bertambah baik.
·         penukaran pegawai keselamatan
·         penurapan jalan-jalan dan bonggol jalan yang rosak dan berlubang-lubang
·         kawalan daripada anggota polis secara rambang
·         pengurangan anjing dan kucing liar
Seterusnya Tuan Pengerusi membentangkan rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang yang dirangkakan oleh pihak persatuan. Antaranya adalah:
Rancangan Jangka Pendek
·         pagar yang rosak di belakang rumah Jalan BPP 4/1 dan Jalan BPP 4/2 akan dibina semula.
·         bonggol jalan akan dibina di Jalan BPP 4/4 dan Jalan BPP 4/8
·         tiang lampu jalan akan dibina di hujung Jalan BPP 4/7 - Jalan BPP 4/5a
·         pagar akan dibina di bahagian barat taman (hujung Jalan BPP 4/1, 4/3, 4/5, dan 4/7)
·         papan tanda di palang "Semua pelawat diminta untuk melaporkan diri kepada pengawal"
·         memotong pokok-pokok yang tumbuh terlalu lebat
Rancangan Jangka Panjang
·         Pewujudan sistem palang electronik automatik atau semi-automatik.
·         papan tanda atau susunan batu-bata di luar taman
Seterusnya Tuan Pengerusi menjelaskan tentang kenaikan harga yang akan berlaku pada kutipan penggal depan yang tidak dapat dielakkan. Ini disebabkan kenaikan oleh Persatuan Keselamatan Malaysia yang menetapkan harga minimum yang perlu dibayar kepada pegawai keselamatan. Yuran keselamatan akan dinaikkan kepada RM60 sebulan.

3.
Pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 oleh Penolong Setiausaha En Jacky Yong. Pengesahan ini diluluskan oleh:
Pencadang : Mei, Jalan BPP 4/1
Penyokong : Saiful, Jalan BPP 4/3

4.
Laporan Setiausaha Penduduk oleh Penolong Setiausaha En Jacky Yong. Laporan ini diluluskan oleh:
Pencadang : En Fauzi, Jalan BPP 4/1
Penyokong : En Mansor, Jalan BPP 4/2

5.
Laporan Bendahari oleh Pendahari Persatuan En Khairuddin. Laporan ini diluluskan oleh:
Pencadang : En Faizal, Jalan BPP 4/8
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

6.
Pembubaran Persatuan Penduduk 2010/2011. Majlis Pengerusi bagi pihak penduduk mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha Persatuan Penduduk. Seterusnya perlantikan ahli-ahli baru Persatuan Penduduk 2012/2013 dilaksanakan. Berikut adalah pencalonan dan keputusan pengundian oleh penduduk:


Pengerusi
Calon: En Shamsul Haq
Pencadang : Mei, Jalan BPP 4/1
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7

Calon: En Mansor
Pencadang : En Shamsul Haq, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Zainuddin, Jalan BPP 4/2

Pencalonan ditutup
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7

Keputusan:
En Shamsul Haq : 26 undi
En Mansor : 19 undi


Timbalan Pengerusi
Calon: En Mansor
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Kenny, Jalan BPP 4/5

Calon: En Tan
Pencadang : En Shaiful, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Wong, Jalan BPP 4/7

Calon: Dr Ghazali
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7

Pencalonan ditutup
Pencadang : En Lee, Jalan BPP 4/7
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

Keputusan:
En Mansor : 29 undi
En Tan KB : 28 undi
Dr Ghazali : 20 undi


Naib Pengerusi
Calon: Dr Ghazali
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

Calon: En Tan
Pencadang : Mei, Jalan BPP 4/1
Penyokong : En Wong, Jalan BPP 4/7

Pencalonan ditutup
Pencadang : En Saiful, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7

Keputusan:
Dr Ghazali : 2 undi
En Tan KB : 42 undi


Setiausaha
Calon: En Jacky Yong
Pencadang : En Lee, Jalan BPP 4/7
Penyokong : Dr Ghazali, Jalan BPP 4/7

Calon: En Lee
Pencadang : Dr Ghazali, Jalan BPP 4/7
Penyokong : En Tan, Jalan BPP 4/3

Pencalonan ditutup
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

Keputusan:
Jacky Yong : 23 undi
En Lee : 18 undi


Penolong Setiausaha
Calon: En Lee
Pencadang : Mei, Jalan BPP 4/1
Penyokong : En Tan, Jalan BPP 4/3

Pencalonan ditutup
Pencadang : En Siva, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

Keputusan:
En Lee : Menang tanpa bertanding


Bendahari
Calon: En Khairuddin
Pencadang : En Azhar, Jalan BPP 4/8
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7

Pencalonan ditutup
Pencadang : En Lee, Jalan BPP 4/7
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

Keputusan:
En Khairuddin : Menang tanpa bertanding


Penolong Bendahari
Calon: Dr Ghazali
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Wong, Jalan BPP 4/7

Pencalonan ditutup
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

Keputusan:
Dr Ghazali : Menang tanpa bertanding

6.1
AJK dan wakil jalan yang lain dilantik oleh ahli Persatuan Penduduk


Wakil Jalan 4/1
Wakil 1 : Mei
Pencadang : En Shamsul Haq, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Jacky, Jalan BPP 4/6

Wakil 2 : En Fauzi
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7


Wakil Jalan 4/2
Wakil 1 : En Aziz
Pencadang : En Shamsul Haq, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Tan, Jalan BPP 4/3

Wakil 2 : En Siva
Pencadang : En Mansor, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1


Wakil Jalan 4/3
Wakil 1 : En Saiful
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Shamsul Haq, Jalan BPP 4/2

Wakil 2 : En Tay
Pencadang : En Wong, Jalan BPP 4/7
Penyokong : En Tan, Jalan BPP 4/3


Wakil Jalan 4/4
Wakil 1 : En Alan Yong
Pencadang : En Tan, Jalan BPP 4/3
Penyokong : Dr Ghazali, Jalan BPP 4/7

Wakil 2 : En Izuddin
Pencadang : Mei, Jalan BPP 4/1
Penyokong : En Kenny, Jalan BPP 4/5


Wakil Jalan 4/5
Wakil 1 : Kenny
Pencadang : En Yong, Jalan BPP 4/7
Penyokong : En Tan, Jalan BPP 4/3

Wakil 2 : En Ikhwan
Pencadang : En Kenny, Jalan BPP 4/5
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7


Wakil Jalan 4/6
Wakil 1 : Jacky Yong
Pencadang : Dr Ghazali, Jalan BPP 4/7
Penyokong : En Zolkefli, Jalan BPP 4/4

Wakil 2 : En Ong
Pencadang : En Jacky Yong, Jalan BPP 4/6
Penyokong : En Tan, Jalan BPP 4/3


Wakil Jalan 4/7
Wakil 1 : Lee
Pencadang : En Zaidi, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Shamsul Haq, Jalan BPP 4/6

Wakil 2 : En Wong
Pencadang : En Shaiful, Jalan BPP 4/3
Penyokong : En Lee, Jalan BPP 4/7


Wakil Jalan 4/8
Wakil 1 : En Faizal
Pencadang : En Lee, Jalan BPP 4/7
Penyokong : Dr Ghazali, Jalan BPP 4/7

Wakil 2 : En Cheng
Pencadang : En Shamsul Haq, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Tan, Jalan BPP 4/3


Juru Audit
Wakil 1 : En Zaidi
Pencadang : En Shamsul Haq, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Fauzi, Jalan BPP 4/1

Wakil 2 : En Zolkefli
Pencadang : En Khairuddin, Jalan BPP 4/2
Penyokong : En Jacky Yong, Jalan BPP 4/6

7.
Perkara-perkara Berbangkit
Penduduk bertanya berkenaan pili bomba yang rosak. Pihak persatuan yang baru akan menghubungi SYABAS untuk memperbaiki pili ini.

8.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:00 tengahari.
Pencadang : En Fauzi, Jalan BPP 4/1
Penyokong : En Kenny, Jalan BPP 4/5






No comments:

Post a Comment