Sunday, October 17, 2010

Nombor kecemasan

Ada kecemasan di rumah anda? Perlukan bantuan segera? Anda tiada di rumah? Anda sekarang boleh menghubungi nombor ini untuk mendapatkan bantuan.

016-355 5567

Perhatian: Perkhidmatan ini hanya untuk ahli BPP4 yang telah memberikan yuran keselamatan dengan lengkap.

Thursday, October 7, 2010

Please watch the watchmen

Pihak AJK telah menerima pelbagai aduan bahawa para pegawai keselamatan tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Ada yang tidur, ada yang tidak menghalang kenderaan yang tiada pelekat kenderaan, ada juga yang tidak berada di tempat mereka. Kami juga mendapat beberapa bukti dalam bentuk gambar (dihantar melalui MMS) kepada kami. Pihak syarikat keselamatan (FWG) telah dimaklumkan dan beberapa orang pegawai keselamatan telah digantikan.

Tanggungjawab memerhatikan prestasi pegawai keselamatan tidak hanya diletak kepada para AJK sahaja. Kami juga perlukan kerjasama semua penduduk untuk menolong memerhatikan pengawal keselamatan ini. Jesteru itu, watch the watchmen!

Jika anda mendapati sebarang kesalahan pihak pengawal ini, harap anda dapat mencatatkan sebanyak mungkin maklumat kesalahan mereka ini, masa, tempat, apa yang salah. Anda juga boleh menangkap gambar atau video kesalahan ini dan hantarkan kepada mana-mana AJK anda yang terdekat. Kami akan memastikan pihak FWG mengambil tindakan terhadap mereka.