Sunday, August 1, 2010

Pondok Pengawal Baru

Ini untuk memaklumkan bahawa pondok pengawal akan dirobohkan bermula esok. Tugas membina pondok yang baru akan bermula selepas perobohan ini. Projek ini dijangka mengambil masa 2 minggu.

Dalam masa ini kemungkinan besar keadaan trafik di kawasan masuk akan diganggu. Diharap penduduk bersabar dalam masa 2 minggu ini.

10 comments:

  1. good day jacky, saya cuma ingin bertanya tentang spot light yang dipasang di taman permainan kita recently. soalan saya, adakah pemasangan tersebut di buat oleh pihak komuniti taman kita? jika ya, saya ingin memohon kepada pihak komuniti bpp4 untuk memasang spot light dijalan 4/5 yang opposite dengan bukit. terlalu gelap dan merbahaya serta memberikan peluang kegiatan pecah rumah. harap mendapat pertimbangan pihak komuniti. from: Ir.Muhd Suhaimi bpp4/5

    ReplyDelete
  2. Harap pihak committee mengambil berat kepada semua pemilik / penyewa yang masih berdegil untuk tidak membayar yuran. saya merujuk kepada sebuah rumah di jalan 4/5 yang sudah bertahun tak pernah membayar yuran ini sedangkan terlebih mampu untuk membayarnya...adalah mustahil kiranya tidak mampu sedangkan mampu memiliki BMW. adalah tidak adil sama sekali bagi penghuni yang telah membayarnya...ia seolah-olah kita membayar / menanggung yuran tersebut bagi pihak "mereka-mereka" yang degil ini. sedangkan mereka ini mendapat kemudahan security dan pengawasan yang sama.

    Orang-orang macam ini adalah tidak layak sama sekali tinggal di dalam masyarakat kejiranan...mereka-mereka ini adalah manusia yang mementingkan diri sendiri.

    Harap pihak committee tidak biarkan perkara ini berlarutan...perlu buat tindakan dengan segera..jika perlu pergilah dari rumah ke rumah untuk memberi penerangan ataupun memasang banner yang mampu untuk memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang berdegil ini.


    "Social Obligation is our commitment"..

    ikhlas:

    jalan 4/5.

    ReplyDelete
  3. rumah mana tu tuan? bagitau terus, meh kita pegi jumpa owner atau penyewa dia, tak adil kita yg membayar RM600 setahun pada komuniti kita sedangkan pemilik/penyewa langsung taknak amik tau pasal kejiranan kat sini, dah kita takyah berlembut2 dan bgi muka dah..kita bagi pressure terus kat dio org, we dont care whatever who they are, we live in community, if they are support us then we will support them back...any idea how to press 'them'..??

    ReplyDelete
  4. yer..saya setuju 100% cadangan saudara Ir. Suhaimi. dah sampai masa untuk kite bertindak..sampai bila kita nak menaggung penghuni2 yang degil/liat nak bayar services charges bagi RM600 setahun...senang saja untk kita mengenal pasti mana-mana rumah yang tidak membayar yuran. Mana2 kenderaan tanpa sticker dan "Tag Pagar" maka itulah rumah yang tidak membayar yuran..

    Committee. sila bertindak segera dengan mengeluarkan NOTIS AMARAN ...ataupun pegi ke rumah untuk beri keterangan. sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan dari tahun ke tahun..maka penggal yang akan datang sudah tentu ramai penghuni yang akan memboikot untuk tidak membayar yuran tersebut...pada pendapat mereka..tiada bezanya sama ada bayar atau pun tidak...kerana kenderaan tanpa sticker dapat keluar masuk dengan BEBASNYA ke kawasan taman perumahan kita.


    NOTA: Committee tolong senaraikan unit2 rumah yang tidak membayar yuran tersebut..jika perlu publishkan dalam blog ini.


    sekian.

    ReplyDelete
  5. Kualiti Pondok Pengawal baru agak teruk terutamanya pada bahagian bumbung. Bumbung jelas nampak senget dan tidak seimbang..perlu dibetulkan dengan segera.

    kemasan atap bumbung agak selekeh..langsung tidak kemas terutamanya simen mortar untuk penutup bumbung (Ridge cap)...simen mortar untuk penutup bumbung tersebut perlu diisi (fill in) dicelah2 nya dengan KEMAS..bukannya hanya sekadar meletak simen begitu sahaja.

    Nasihat saya kepada kontraktor yg dilantik dan ahli committee yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia pondok pengawal baru ini :- Untuk lebih maju di dalam industri pembinaan m'sia...perkara2 kecil sebegini dan kekemasan /kualiti hasil kerja perlu di ambil berat jangan hanya "melepas batuk ditangga sahaja".

    ReplyDelete
  6. Terima ksih diatas komen yang diberikan. sebenarnya pondok pengawal tu masih belum siap termasuklah bumbung yang belum diletakkan simen mortar, harap pihak saudara bersabar di dalam proses kita menyiapkan pondok tersebut.

    ReplyDelete
  7. impossible to repait it...!!! the laying of roof tiles are not proper manner was done...i.e the tiles are not parallel with all angle (front,rear, left & right). Saudara boleh nampak dengan jelas ketidakseragaman atap genting yang telah dipasang ini jika kita masuk dari Main Entrance..bumbung nampak melendut / senget.

    sorry..saya terpaksa memberi komen kerana proses pelantikan kontraktor tersebut adalah melalui "sebut harga" dan kos pembinaanya dgn menggunakan duit "tabung" iaitu duit orang ramai.

    harap saudara dapat monitor perkara ini sampai siap dan tolong sampaikan perkara ini kepada kontraktor tersebut. Kaedah pembinaan yang telah dijalankan adalah salah sama sekali.

    demi menjaga imej persatuan / taman kita...Harap kontraktor tersebut dapat perbetulkan dengan segera.

    sekian.

    ReplyDelete
  8. En Suhaimi, Persatuan pernah berbincang tentang usaha meletakkan lampu di 4/5. Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan. Buat masa sekarang, Dana Persatuan tidak mencukupi untuk tujuan tersebut, tetapi masih kekal dalam perancangan kami termasuk membuat pagar bermula 4/1 hungga 4/7.

    ReplyDelete
  9. Berkenaan lampu di tapak taman permainan dan, ia adalah dari Pihak Berkuasa Tempatan, MPSJ, melalui permintaan dari Persatuan Penduduk.

    ReplyDelete
  10. Ayahanda & SHaq..terima kasih diatas penjellasan pihak tuan ttg perkara tersebut, saya amat berharap agar lampu spotlight yg kekal dapt dipasang dsitu supaya keselamatan lebih terjamin, hmm buat masa sekarang ni hanya ada 2 buah rumah yg mengambil inisiatif utk memasang lampu spotlight tersebut pd waktu malam..setidak2nya ia memberikan kelegaan yg sedikit..syabas diucapkan. Hrap pihak komuniti dpt membawa perkara ini kpd PBT..t.kasih.

    ReplyDelete