Saturday, July 31, 2010

Syarikat Keselamatan Baru Esok

Syarikat baru keselamatan baru akan mengambil alih tugas daripada DNS Sekuriti Sdn Bhd pada pagi esok, 8 pagi. Syarikat baru tersebut ialah FreightWatch G Patomotoh Security Services Sdn Bhd (FWG). Proses pemilihan dan pengundian telah diadakan pada 28 Julai 2010. (Lihat http://bpp4.blogspot.com/2010/07/meeting-last-night-important-decisions.html)

Alasan paling penting penukaran ini adalah pegawai keselamatan yang lewa dalam menjalankan tugas di taman kita. Kereta yang tiada pelekat RA masih diberikan laluan tanpa sebarang tindakan oleh pegawai keselamatan.

Disebabkan penukaran ini, dijangkakan bahawa kereta yang masih tiada pelekat rasmi akan mengalami kesulitan memasuki taman kita. Oleh itu mereka yang masih belum membuat pembayaran yuran keselamatan, sila berbuat demikian secepat mungkin.

1 comment:

  1. Harap pihak committee mengambil berat kepada semua pemilik / penyewa yang masih berdegil untuk tidak membayar yuran. saya merujuk kepada sebuah rumah di jalan 4/5 yang sudah bertahun tak pernah membayar yuran ini sedangkan terlebih mampu untuk membayarnya...adalah mustahil kiranya tidak mampu sedangkan mampu memiliki BMW. adalah tidak adil sama sekali bagi penghuni yang telah membayarnya...ia seolah-olah kita membayar / menanggung yuran tersebut bagi pihak "mereka-mereka" yang degil ini. sedangkan mereka ini mendapat kemudahan security dan pengawasan yang sama.

    Orang-orang macam ini adalah tidak layak sama sekali tinggal di dalam masyarakat kejiranan...mereka-mereka ini adalah manusia yang mementingkan diri sendiri.

    Harap pihak committee tidak biarkan perkara ini berlarutan...perlu buat tindakan dengan segera..jika perlu pergilah dari rumah ke rumah untuk memberi penerangan ataupun memasang banner yang mampu untuk memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang berdegil ini.


    "Social Obligation is our commitment"..

    ikhlas:

    jalan 4/5.

    ReplyDelete