Sunday, February 3, 2013

Garisan kuning dan bonggol jalan

Anda nampak garisan kuning di depan pintu masuk taman kita? Pihak MPSJ akhirnya mendengar permintaan kami untuk membina bonggol jalan dan garisan kuning di hadapan taman kita:

Garisan kuning dan bonggol jalan memang patut dibina di hadapan taman, kerana kenderaan yang datang dari arah kanan (kawasan yang lebih tinggi) amat laju dan banyak, terutamanya pada waktu pagi.

Anda mungkin tertanya-tanya, mana bonggol jalan tu? Kontraktor yang ditugaskan untuk membina bonggol jalan ini mengatakan bahawa bonggol ini akan dibina selewat-lewatnya pada minggu depan.



1 comment:

  1. Mengapa tiada bonggol dibina di jalan bpp4/8? Saya telah maklumkan perkara ini di mesyuarat AGM 2 tahun yang lepas tetapi tiada tindakan yg diambil sehingga skg. Kenderaan yg melalui jalan bpp4/8 biasanya tidak memperlahan kenderaan dan ini amat merbahaya kepada kanak2 yg bermain disitu.

    ReplyDelete