Monday, July 25, 2011

Pengumuman trafik

Ingin dimaklumkan bahawa bermula 22 Julai 2011, surau di hadapan taman (Surau Nurul Ikhlas) akan mengadakan solat sembahyang Jumaat. Ini bukan hanya untuk bulan Ramadan, tetapi untuk masa yang akan datang. Oleh itu keadaan trafik di sekitar surau mungkin akan dijejaskan. Pihak pengawal keselamatan telah diingatkan supaya tidak membenarkan kenderaan yang tiada pelekat kenderaan daripada mencerobohi dan meletak kenderaan di kawasan perumahan kita. Sekiranya anda ternampak apa-apa kenderaan yang memasuki kawasan perumahan kita tanpa pelekat yang sah, sila laporkan segera kepada pengawal keselamatan atau pihak AJK.

No comments:

Post a Comment