Sebenarnya hal-hal berkenaan jalan dan perletakan kereta bukan di bawah kuasa persatuan. Jalan di taman kita adalah di bawah kawalan MPSJ. Oleh sebab itu kami tidak boleh melukis sebarang tanda di atas jalan sewenang-wenangnya tanpa kelulusan pihak MPSJ. Ini termasuk juga sebarang bonggol jalan yang tidak mendapat kelulusan daripada MPSJ.
Harap pihak penduduk faham kedudukan kami dan tidak menganggap kami sebagai badan yang hanya ingin menjual pelekat kenderaan dan servis keselamtan kepada anda semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.
Hai all.. Memandangkan isu tempat letak kereta menjadi masalah di taman BPP4, saya ingin keutarakan masalah yang berlaku pada saya hari sabtu dan ahad lepas.
ReplyDeleteSaya tidak menetap di BPP4 tetapi ibubapa saya tinggal disana dan saya kesana setiap hari untuk menghantar anak saya ke krista. Dan masalah yang saya hadapi pada hari sabtu dan ahad lepas dimana, saya ada meletak kenderaan berdekatan dengan taska oren, dan kereta saya tidak langsung menghalang laluan kereta tenant jika tenant tersebut ingin keluar/masuk ke porch mereka bahkan masih terdapat ruangan untuk 2 buah kereta di hadapan rumah tersebut dan ruangan kosong diporch taska tersebut. Dan pada awal pagi td kira-kira pukul 2 pagi (hendak pulang ke rumah saya setelah selesai hal2 keluarga) saya dapati tenant tersebut ada meletak notis di cermin depan kereta saya "JANGAN LETAK KERETA DI HADAPAN TASKA. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI". Padahal keretanya masih elok parking dihadapan gate taska tersebut.
Senang-senang saja dia boleh claim tempat itu dia punya, memandangkan sejak sebulan dua ini tenant itu sentiasa meletak kenderaan barunya di situ kecuali hari sabtu dan ahad (bergantung), setahu saya sistem siapa cepat dia dapat merupakan amalan disini selagi kita tidak menghalang lalulintas/masalah kepada jiran kita. Bahkan dia pernah meletak kenderaannya bersebelahan pintu masuk gate rumah ibubapa saya yang menyebabkan kami tidak dapat meletak kenderaan lain kami di hadapan rumah ibubapa saya dan terpaksa meletak kereta berjauhan memandangkan kita hidup berjiran.
Ini bukan kali pertama kami menghadapi masalah dengan jiran kami ini, bahkan setahun lalu pernah adik saya meletak kenderaannya disitu pernah dibaling batu, bahkan pernah keretanya dibaling bukan sebiji tetapi hampir 20 biji batu dan mainan kanak-kanak, yang membuat kami marah ialah kereta adik saya parking didalam HALAMAN RUMAH (PORCH)kami....... Tension betul berjirankan seperti tenant sebelah. Disuruhnya budak-budak kecil yang tak tahu apa-apa membaling batu ke kereta jiran. Nasib baik kami tidak melaporkan kepada pihak polis memandangkan kita hidup berjiran.
Yang menghairankan ialah kenapa hanya kereta keluarga saya sahaja yang menjadi masalah kepada tenant ini tetapi tidak kepada kereta jiran lain yang meletak kereta mereka ditempat yang sama?
Dan satu lagi, kenapa kereta jiran saya ini yang tidak berstiker masih boleh masuk/keluar dari taman nih dengan senang hati. Walaupon saya tidak tinggal disitu tetapi saya masih membeli stiker untuk kereta saya untuk kelancaran keluar/masuk. Dan saya ingin tahu tenant ini ada bayar security fee ke tidak. Hanya pertanyaan.
Salam kepada semua penduduk BPP 4 yang beragama Islam, Dan selamat sejahtera kepada Non muslim..
ReplyDeleteSaya juga penduduk di BPP4, yang mana perlu saya tahu kaedah pengawasan yang diberikan kepada pemilik/penyewa perumahan di BPP 4. Saya ingin mengaju soalan kepada pengusaha pengawal keselamatan di BPP4, iaitu kaedah yang Tuan gunakan untuk mengawal kenderaan keluar masuk/parking di BPP4.
Isu yang ingin saya luahkan ialah mengenai pas-pas kenderaan, adakah dengan hanya membayar RM 3.00 terus dapat pas masuk? seperti "jiran" sebelah rumah saya, Bujang yang mempunyai 7 buah kenderaan? dimana saya terpaksa membunyikan hon setiap kali hendak keluar dan masuk...Cuba kaji selidik hal berkenaan, bukan hanya untuk mengaut keuntungan,Tanpa memikirkan perkhimatan yang diberikan. Dan untuk pengetahuan Pihak Tuan, saya dah ajukan soalan berkenaan kepada salah seorang wakil Tuan, dan beliau terus berlalu tanpa sebarang jawapan..Dan selagi masaalah ini berlanjutan, saya engan mengeluarkan sebarang pembayaran kepada persatuan BPP4, kerana tiada apa yang saya dapat. Dan pihak Persatuan Tiada Hak untuk tidak membenarkan atau memegang sebarang pengenalan diri peribadi pada setiap kemasukan ke BPP4.
Sekian Terima Kasih.
Bayar Untuk Menguna, Bukan bayar untuk Diguna.
r1triplex@gmail.com
Terima kasih kepada En r1triplex@gmail.com. Saya rasa aduan encik membuat saya meluat. Org ramai pandai mengadu tetapi tak pandai memikirkan cadangan untuk dikongsi bersama. Adakah pihak tuan menuduh pihak persatuan mengaut keuntungan sahaja. Adakah mereka melakukan tugas2 persatuan ini berbayar? Mereka semua melakukan kerja atas kapasiti kemampuan yang ada. Mereka tidak dibayar. Apa kata utk pencalonan akan datang encik r1triplex@gmail.com ini menawar diri sebagai Pengerusi. Jgn pandai mengadu mcm budak2. Cuba berlajar peraturan majlis perbandaran dan faham dulu syarat2nya. Baru lah encik faham. SAYA CABAR ENCIK MENCALONKAN DIRI ENCIK UTK NEXT PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK BPP FASA 4. Bayar Untuk Menguna, Bukan Bayar untuk Diguna (lu pikirlah sendiri)
ReplyDeleteTerima kasih Tuan. Kami kesal dengan kesukaran yang Tuan alami. Boleh saya dapatkan no rumah bujang bersebelahan di rumah Tuan? Untuk pengetahuan semua penduduk, untuk mendapatkan pas keselamatan, bayaran keselamatan RM300 perlu dibayar terlebih dahulu. Bukan hanya membayar RM3.00 semata mata. Untuk pengetahuan pihak penduduk juga, tiada keuntungan diperolehi dari setiap kutipan yang dikenakan. Keutamaan utama persatuan juga adalah untuk memastikan KESELAMATAN dan kesejahteraan penduduk.Kami dengan ikhlas cuba untuk memperluaskan skop tanggungjawab kami tetapi kami tidak mampu berbuat demikian kerana kekurangan AJK dan sukarelawan yang sanggup menolong AJK walaupun dalam tanggungjawab asas.
ReplyDeleteTuan boleh berhubung dengan saya sebagai Pengerusi Persatuan melalui wakil jalan untuk berbincang dengan mereka yang menghuni rumah bujang tersebut.
hi there..Visit our Bandar Putra Permai e-Community portal. Share your place for dining, thought, new property development, complaints etc.
ReplyDeleteSalam semua.
ReplyDeletejangan mementingkan diri sendiri...persatuan ini jika tanpa kerjasama penduduk BPP4 sudah pastinya akan gagal... sekirannya semua penduduk mengambil sikap seperti saudara r1triplex@gmail.com. sikap "work back work" ataupun sikap "nak dapatkan service dulu..baru nak bayar"...bukanya "bayar dulu baru dapat service"...huhhh...kalau lah masih lagi berfikiran macam ni...maka kita tak akan tercapai matlamat dan tak akan maju sampai bila-bila.
Harapan saya kepada semua penduduk taman kita ini agar dapat membayar yuran keselamatan ini sebagaimana yang telah dipraktiskan sebelum ini...ingat, JANGAN ambil kesempatan keatas orang lain yang membayarnya...malulah diri sendiri dan jiran-jiran yang membayarnya...jika liat untuk membayar RM300 per semester maka ANDA sepatutnya boleh tinggal di FLAT depan Taman perumahan kita. Dipersilakan....