Showing posts with label meeting. Show all posts
Showing posts with label meeting. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Minit mesyuarat 21 Disember 2010

Berikut adalah beberapa perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat dengan pihak FWG bulan lepas:

- Pondok pengawal masih tiada air
- Pelekat kereta, walaupun mereka adalah ibubapa kepada kanak-kanak yang belajar di tadika di sini, mereka juga patut ada pelekat. Penduduk akan berpendapat pengawal tidak konsisten dalam polisi mereka. Cadangkan untuk menjual pelekat kepada mereka
- Audit diperlukan, menemuramah pelawat untuk mendapatkan pendapat pihak ketiga. Cadangkan untuk bermula 2 Jan 2011.
- Pengawal selalu tidak ada di pondok, kencing
- Bermula Jan 2011, gaji minimum untuk pengawal ialah RM700 sebulan, menurut Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, jumlah kasar mececah RM1600-1700! Susah mencari pengawal
- SOP sudah diletakkan, tapi tidak dilaksanakan
- Rondaan tak nampak, perlu basikal. Beri masa satu minggu, telah memberikan permohonan untuk membeli basikal
- Semasa waktu puncak, pengawal perlu dinampakkan oleh semua penduduk, mereka perlu duduk atau berdiri di tengah jalan
- Masih tidak memberikan sistem pass untuk pelawat, drop off dan kontraktor
- Peti keselamatan untuk menerima cek di pondok pengawal. Kunci disimpan oleh pihak AJK.
- Meletakkan lampu di kawasan berisiko tinggi