Showing posts with label Program Komuniti Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Program Komuniti Rakyat. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Jemputan ke Program Komuniti Rakyat

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan dan pihak Surau Nurul Ikhlas bersama-sama menganjurkan program tersebut di atas pada masa dan tempat yang berikut:

Tarikh : 11hb Disember 2010
Masa : 7:30 pagi
Tempat : Halaman Surau

Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada penduduk untuk memahami tugas Perbadanan dan Jabatan Kerajaan yang terlibat. Para penduduk digalakkan untuk mengambil peluang untuk menyertai program-program menarik yang telah disediakan.

Antara perbadanan dan jabatan kerajaan yang mengambil bahagian termasuklah:
  • Polis Diraja Malaysia
  • Jabatan Bomba
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • KPJ HealthCare
  • Suruhanjaya Pilihanraya, dll
Antara program menarik yang disediakan termasuk Program Motivasi Remaja dan Ceramah Ma'al Hijrah pada waktu malam. Aturcara program adalah seperti berikut:
  • 7:30 pagi - Senamrobik
  • 8:00 - 10:00 pagi - Sukan Tradisional (dewasa dan kanak-kanak)
  • 10:00 - 1:00 tengahari - Pameran Agensi Kerajaan
  • 1:00 - 1:30 tengahari - Solat Zohor
  • 3:00 - 4:00 petang - Ceramah Motivasi Remaja
  • 4:35 - 5:00 petang - Solat Asar
  • 7:05 - 7:20 malam - Solat Maghrib
  • 7:20 - 8:20 malam - Tazkirah Ma'al Hijrah
  • 8:20 - 8:50 malam - Solat Isya'
  • 9:00 - 9:45 malam - Jamuan
Adalah diharapkan para penduduk dapat meluangkan masa untuk menghadiri program ini. Kami percaya bahawa program ini akan dapat memberikan faedah kepada seluruh komuniti Pusat Bandar Putra Permai.